About

ENESEN adalah sebuah syarikat penyedia latihan/ kursus dan perkhidmatan konsultansi bagi sistem pengurusan. Merangkumi keselamatan dan kualiti makanan di bawah sistem pengurusan berikut ISO9001, ISO22000, HACCP, GMP, HALAL & Pengendalian Makanan.

Mula beroperasi dari tahun 2014 sehingga kini, ENESEN telah memberi tunjur ajar kepada lebih 3000++ peserta bagi kursus berasaskan sistem pengurusan & 8000++ peserta bagi kursus latihan pengendali makanan seluruh Malaysia.

ENESEN telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula 2015 sehingga sekarang. ENESEN juga berdaftar sebagai penyedia latihan bagi Human Resource Fund Corporation Sdn Bhd (HRD Corp).

Selain dari latihan, ENESEN juga telah menjalankan perkhidmatan konsultansi kepada banyak syarikat di semenanjung Malaysia bagi mendapatkan pensijilan ISO9001, ISO22000, HACCP, GMP & HALAL. ENESEN juga adalah sebuah syarikat yang berdaftar sebagai pemudah cara bagi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Dengan harapan, ENESEN akan berdiri sama tinggi bersama pengedia latihan/kursus sedia ada dan akan terus melangkah lebih tinggi di masa akan datang.